Program Survival 'BOYS24', Salah Satu Trainee Berasal Dari Malaysia
- Nove
- Jun 13, 2016
- 2 min read
Setelah tamat 'Produce 101', kini MNET bersiap sedia dengan Program Survival 'Boys24'. Boys24 merupakan versi lelaki dari program 'Produce 101'. Boys24 mempunyai 49 trainee yang serta. Program ini akan mula ditayangkan pada 18 Jun 2016 ini.
Apa yang mengejutkan rakyat Malaysia ialah salah satu trainee Boys24 berasal dari Malaysia iaitu Isaac Voo Kai Meng atau lebih dikenali sebagai Isaac VKM. Sejak beberapa hari lalu, nama Isaac sering di sebut di laman sosial sehingga menyebabkan kpoppers dari luar negara tertanya-tanya siapa Isaac BOYS24. Mengikut undian juga Isaac berada di TOP 3 daripada 49 trainee tersebut.
Kpoppers Malaysia semestinya kenal Isaac Voo kerana Isaac pernah mengikuti ujibakat 'AlphaBAT 10th Member Audition'. Selain ujibakat, Isaac juga terkenal kerana dia pernah menjadi KPOP Cover Dance di Malaysia dan dia juga pernah membuat kelas bagi tarian Kpop di Malaysia. Bukan setakat itu, Isaac sudah mula terkenal kerana wajahnya.

Bagi sesiapa yang mempunyai Isaac di instagram, LINE, Kakaotalk dan terutamanya di wechat, pasti anda tahu impian Isaac ialah untuk menjadi KPOP Star! Beberapa tahun lepas, Isaac pernah update moment-nya di wechat, bahawa dia akan buktikan satu hari nanti dia akan berjaya buktikan kepada semua orang tentang impiannya.



Apa yang Nove tahu, Isaac pernah pergi ke Korea untuk melancong. Isaac telah menarik perhatian salah satu syarikat di Korea kerana wajahnya yang kacak. Syarikat FNC Entertainment telah memberikan kad mereka kepada Isaac. Antara artis di bawah FNC Entertainment ialah FT.Island, CN. Blue, AOA dan N.Flying.

Untuk pengetahuan semua, Isaac gemar memanggil peminatnya 'Sparkles'. Isaac mempunyai peminat semenjak dia memasuki ujibakat AlphaBAT. Isaac juga telah mempunyai Fanpage dari luar negara, antaranya yang Nove follow dan like ialah dari negara Philippines, Vietnam dan Indonesia. Apa-apa pun, Nove harap Isaac dapat mencapai impiannya. Bagi sesiapa yang belum vote untuk Isaac, anda boleh tengok step di bawah ini.
1- Pergi ke laman web MNET (http://boys24.mnet.com/boys/members)

2- Setelah tekan, anda akan dapat seperti gambar di bawah. Kemudian, tekan gambar Isaac.

3- Lepas tekan, akan keluar seperti gambar di bawah. Anda perlu tekan 'heart' untuk vote Isaac. Jika ada keluar sesuatu, anda perlu clik 'ok' untuk Sign In supaya anda boleh vote.

4- Seterusnya akan keluar seperti gambar di bawah. Untuk lebih mudah, Sign In menggunakan account anda (Facebook, Twitter, Kakaotalk)

Comments