CHOI REN ARTIS LELAKI PALING CANTIK
- Nove
- Jun 13, 2016
- 2 min read

Annyeonghaseyo...
Selalunya bila tengok girls group semua suka sebab cantik. Berbeza pula dengan salah satu kumpulan lelaki ini iaitu NU'EST. NU'EST di bawah naungan syarikat Pledis Entertainment yang mempunyai 5 orang ahli di dalam satu kumpulan. NU'EST debut pada tahun 2012.
Salah seorang anggota kumpulan NU'EST telah memberikan kejutan besar kepada semua peminat KPOP pada awal debut mereka. Salah seorang ahlinya iaitu Choi Minki atau lebih dikenali sebagai Choi Ren mempunyai wajah yang comel serta berambut panjang pada awal debut kumpulan ini. Peminat KPOP kebanyakkannya salah sangka bahawa di dalam kumpulan ini terdapat seorang ahli 'perempuan'. Baca komen mereka di Youtube Official Music Video NU'EST semasa debut di bawah.



Kebanyakkannya yang komen semua salah sangka kerana mukanya. Sebelum ini peminat KPOP era 2009 telah undi Kim Heechul dari Super Junior adalah artis lelaki paling cantik. Tetapi setelah NU'EST debut, semua bersetuju bahawa Choi Ren adalah lelaki paling cantik. Bagi sesiapa tidak tahu lagu debut NU'EST, sila lihat di bawah.
Semasa debut, Choi Ren selalu kata 'Saya juga lelaki' kerana peminatnya yang selalu salah anggap terhadap dirinya. Di rancangan Muzik Korea iaitu Show Music Core, Choi Ren dan 3 orang lagi dari kumpulan berlainan iaitu Hongbin (VIXX), Minhyuk (BTOB) dan Seungjin (-AJAX) telah membuat 'Special Stage' sempena Celebration 400th Show Music Core. Mereka berempat telah membuat persembahan dengan memakai pakaian perempuan. Peminat KPOP sekali lagi terkejut besar dengan wajah Choi Ren yang kelihatan 100% seperti perempuan di atas pentas. Lihat minit ke 1:29 di dalam video di bawah.
Masih tidak dapat cari yang mana Choi Ren? Yang paling cantik adalah Choi Ren. Jom tengok sikit gambar Choi Ren semasa dia berambut panjang.






Dan ini adalah gambarnya semasa membuat persembahan tersebut.

Ini pula gambar 4 orang lelaki yang telah membuat persembahan bersama Ren di Show Music Core.

Di bawah ini pula adalah gambar sebenar 4 orang lelaki di atas.

Dari kiri: Minhyuk (BTOB), Seungjin(A-JAX), Hongbin (VIXX), Choi Ren (NU'EST)
Jom lihat 4 orang lelaki di atas bersama penyanyi sebenar kumpulan perempuan tersebut.

Commentaires